Piracy, Cracking, Rooting, Jailbreak - Apakah Hukumnya?

بسم الله الرحمن الرحيم

Prof ada menerima soalan tentang hal yang menyatakan hukum menggunakan software piracy. Adakah ia halal dalam islam, atau haram, atau shubhah?

Setelah dengan itu, prof telah melakukan kajian singkat, google sana-sini, mencari jawapan persoalan itu.
Adakah soalan ini sebenarnya bermain di fikiran anda?

"Dan Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkara itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain denga cara tidak halal sedangkan kamu mengetahuinya" (Al-Baqarah : 188)

Dalil diatas sebenarnya telah menjawab persoalan tersebut, namun sedikit huraian masih perlu dibuat.

Dalam persidangan FIQH ke-enam, para ulama' telah menfatwakan bahawa:

"Hak penulisan, hak cipta dan hak kreativiti adalah terpelihara mengikut Syari'at Islam. Hak-hak itu adalah kepunyaan pemilik-pemiliknya dan tidak harus ia dicerobohi".

Sebenarnya, jawapannya telah jelas bahawa menggunakan perisian cetak rompak adalah haram, jika kita gunakannya dalam perniagaan, maka perniagaan itu haram, dan rezeki daripadanya juga haram. Justeru, kita tidak seharusnya menggunakan perisian tersebut KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan.

HUJAH YANG TIMBUL

Perisian Orang Kafir

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu.

 Namun, ada pengecualian untuk beberapa perkara:

Sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas:

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)



b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.


Maka perlulah peringatan ini untuk kepada yang berkaitan terutama pelajar universiti :)

SEKIAN,

Sumber : Al-Fikrah        Hijrah Huzaifah       Ustaz Zaharudin




APA PENDAPAT KORANG TENTANG HAL INI? KONGSIKAN KOMEN POSITIF ANDA.








2 comments:

Sila Berkata-kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...