Piracy, Cracking, Rooting, Jailbreak - Apakah Hukumnya?

بسم الله الرحمن الرحيم

Prof ada menerima soalan tentang hal yang menyatakan hukum menggunakan software piracy. Adakah ia halal dalam islam, atau haram, atau shubhah?

Setelah dengan itu, prof telah melakukan kajian singkat, google sana-sini, mencari jawapan persoalan itu.
Adakah soalan ini sebenarnya bermain di fikiran anda?

"Dan Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkara itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain denga cara tidak halal sedangkan kamu mengetahuinya" (Al-Baqarah : 188)

Dalil diatas sebenarnya telah menjawab persoalan tersebut, namun sedikit huraian masih perlu dibuat.

Dalam persidangan FIQH ke-enam, para ulama' telah menfatwakan bahawa:

"Hak penulisan, hak cipta dan hak kreativiti adalah terpelihara mengikut Syari'at Islam. Hak-hak itu adalah kepunyaan pemilik-pemiliknya dan tidak harus ia dicerobohi".

Sebenarnya, jawapannya telah jelas bahawa menggunakan perisian cetak rompak adalah haram, jika kita gunakannya dalam perniagaan, maka perniagaan itu haram, dan rezeki daripadanya juga haram. Justeru, kita tidak seharusnya menggunakan perisian tersebut KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan.

HUJAH YANG TIMBUL

Perisian Orang Kafir

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu.

 Namun, ada pengecualian untuk beberapa perkara:

Sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas:

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)



b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.


Maka perlulah peringatan ini untuk kepada yang berkaitan terutama pelajar universiti :)

SEKIAN,

Sumber : Al-Fikrah        Hijrah Huzaifah       Ustaz Zaharudin




APA PENDAPAT KORANG TENTANG HAL INI? KONGSIKAN KOMEN POSITIF ANDA.








Promosi - Diskaun Untuk Peminat Buku Tempatan


Bermula 8 Disember ini, Kedai Buku MPH membawakan kepada tuan dan puan MPH Carnival 2011 yang menghimpunkan penerbit-penerbit di seluruh Malaysia dalam satu bumbung.
PTS selaku penerbit nombor satu Malaysia tidak ketinggalan mengambil tempat dalam Carnival ini dengan diskaun-diskaun menarik yang disediakan.
MPH Carnival 2011 yang diadakan di Mid Valley Exhibition Centre ini menawarkan diskaun hebat dan aktiviti menarik khusus buat peminat buku tempatan.
Bagi memeriahkan lagi MPH Carnival 2011 ini, PTS Bookcafe ini menawarkan 15% diskaun bagi semua buku terbitan PTS. Lebih menarik, bagi pelajar yang berpakaian sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta Orang Kurang Upaya (OKU) dengan diskaun setinggi 20%.
Selain itu, pengunjung portal dan facebook PTS juga punya berpeluang mendapat diskaun menarik dari PTS Bookcafe melalui kupon diskaun yang disediakan di bawah. Muat turun kupon di bawah dan tunjukkan di kaunter bayaran booth PTS semasa di MPH Carnival.
Selain itu, buku percuma juga disediakan kepada 50 pembeli pertama setiap hari. Hamper percuma juga disediakan bagi pembelian buku bernilai RM200 dan ke atas.
Temui PTS di booth #1015 hingga #1018 bagi mendapatkan buku menarik PTS. Tuan dan puan juga berpeluang beramah mesra dan menjalankan aktiviti bersama penulis popular dari PTS.
Sertai PTS Bookcafe di MPH Carnival 2011 bermula dari 8 Disember hingga 12 Disember 2011 ini bagi mendapatkan buku yang baru dan panas di pasaran.

DOWNLOAD KUPON DIBAWAH UNTUK DISKAUN BUKU BOOTH PTS

Cara-cara menggunakan kupon 20% PTS ini ialah seperti berikut:
1. Download kupon di bawah (Right click > Save image as..)
2. Print kupon ke atas kertas A4 atau sewaktu dengannya.
3. Bawa kupon ke MPH Carnival 2011 dan kunjungi booth PTS bernombor #1015-#1018 (Hall 1)
4. Tunjukkan kupon kepada cashier ketika pembayaran dibuat untuk menikmati diskaun 20% bagi semua buku PTS.


sumber :LAMAN WEB PTS

Info Extra - Internet Download Manager - Crack it!

Hai! ok, Prof akan bagitau kat korang cara untuk crack cara MANUAL untuk IDM. Mengapa Prof guna cara MANUAL? 1stly, pacth yang ada keygen untuk crack tuh sebenarnya banyak virus, malware, cacing2 yang boleh menjahanamkan komputer korang. Kedua, korang boleh update sesuka hati dah pasni dan dia bagi LIFETIME FULL ACTIVATION IDM. Tanpa membuang masa, kita terus pergi ke segmen ramuan. :)



::RAMUAN RAHSIA::

STEP 1. Korang memerlukan IDM. Download di Website yang telah prof bagi pada post lepas. Kalau dah ada, Install it. Ikot koranglah nak update atau tidak pada IDM trial.

STEP 2. OK. Ini step penting. Step ini cuma untuk pengguna Windows 7 atas sebab security. Fahami dan ikut sebijik-sebijik yang prof bagitaw.(taklah susah mana)

Korang pergi ke C:/ Drive ---> pergi keWindows folder ---> pergi ke system 32 folder ---> pergi ke drivers folder ---> pastu pergi ke Etc folder ---> korang akan jumpa HOSTS file.

Then, right click pada file Hosts tuh, tekan propertise


so, bila dah properties dah bukak, korang bukak tab SECURITY ----> tekan edit ---> tick semua ALLOW. JANGAN TICK DENY LANGSUNG! lihat contoh dibawah.

gambar nie ada silap sikit, pilih admin sebelum edit, tapi kalau rajin buat ja tiga2 allow..:)
then, dah siap step 2. FUHHHHH PENAT!

STEP 3. Lepas tu, baru korang bukak file host tuh. PERHATIAN: BUKA SEBAGAI NOTEPAD TAU!

atau find benda nie  --->        notepad %windir%\system32\drivers\etc\hosts

STEP 4. 
Copy benda nie paste kat Hosts file tuh.

127.0.0.1 tonec.com
127.0.0.1 www.tonec.com
127.0.0.1 registeridm.com
127.0.0.1 www.registeridm.com
127.0.0.1 secure.registeridm.com
127.0.0.1 internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 www.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 secure.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror2.internetdownloadmanager.com
contoh:

Lepas dah tambah code ini, save it. (kalau xleh save maknanya anda ada masalah dengan step 2 sama ada tidak buat step dua atau tidak allow semua)

STEP 5. OK. Sekarang korang bukak IDM, Klik pada registration, Dialog(window) baru akan keluar mintak NAME, LAST NAME, EMAIL ADDRESS, dan SERIAL NUMBER.

STEP 6. Isikan nama, last name, email address korang dan SALAH SATU DARIPADA SERIAL KEY DIBAWAH

RLDGN-OV9WU-5W589-6VZH1
HUDWE-UO689-6D27B-YM28M
UK3DV-E0MNW-MLQYX-GENA1
398ND-QNAGY-CMMZU-ZPI39
GZLJY-X50S3-0S20D-NFRF9
W3J5U-8U66N-D0B9M-54SLM
EC0Q6-QN7UH-5S3JB-YZMEK
UVQW0-X54FE-QW35Q-SNZF5
FJJTJ-J0FLF-QCVBK-A287M

klik REGISTER.

STEP 7. OK. ANDA BERJAYA. AKAN KELUAR WINDOW BARU MENUNJUKKAN IDM SUDAH DIINSTALL DALAM FULL VERSION seperti gambar dibawah

Prof harap korang dapat buat crack manual yang Prof ajar nie. sebarang masalah, komen, tutorial, luahan perasaan sila komen kat post ni atau contact prof... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...